​​​​​​​Business Hours: Open Everyday 10AM - 5PM | FYI, We are adding more products from time to time. If you are looking for products that are not on the list from our website, do let us know!
Free delivery (within Kota Kinabalu area only) for orders over RM180.00
SPECIAL DEALS ON SELECTED PRODUCTS!
Tips Berjimat Sambil Berbelanja Barangan Bayi

Keadaan ekonomi yang tidak menentu, pasang surut isi dompet turun dan naik macam air laut ditepi pandai. Ramai keluarga yang mula untuk berjimat (cut cost) dalam membeli keperluan bayi supaya perbelanjaan yang dilakukan tidak mendatangkan pembaziran.

Ada yang mungkin berfikiran sebaliknya, kenapa perlu berkira untuk anak sendiri. Tapi ada juga yang beranggapan anak akan membesar dengan cepat dan berkemungkinan pakaian yang dibeli akan digunakan hanya untuk beberapa kali.

Untuk membantu mereka yang ingin berjimat tapi rasa ingin berbelanja admin mylittleboss akan berkongsi panduan untuk berbelanja sambil berjimat.

TIPS MEMBELI SAMBIL BERJIMAT 

  1. Membeli pakaian jenis UNISEX - Perkara ini dapat mengelakkan masalah seperti salah beli warna atau tema pakaian yang tidak sesuai. Walaupun dengan ada teknologi moden semasa pergi scan baby tapi lebih baik mencegah dari berserah. 
  2. Bayi akan cepat membesar - Ibubapa digalakkan untuk kurangkan perbelanjaan pakaian newborn. Lebih baik untuk membeli pakaisan yang saiz besar sedikit agar boleh digunakan lebih lama. 
  3. Membeli semasa jualan murah - Biasanya sales yang akan dijalankan seperti double digit sales serta jualan murah perayaan. Perkara seperti ini pasti membantu kedua-dua pihak, si penjual dapat duit si pembeli dapat berjimat. 
  4. Membeli barangan Preloved item. Terdapat banyak medium yang boleh kita gunakan seperti jualan di Instagram, Facebook, Carousell dan macam-macam lagi. 
  5. Biasakan diri untuk menyimpan barang bayi dengan kemas dan teratur apabila sesuatu benda itu tidak lagi digunakan. Berkemungkinan barang itu akan membantu kita dimasa akan datang sepeti, adik baru boleh guna semula ataupun boleh kita jual semula di medium yang tersedia.

Seperti yang dikongsikan pada awal penulisan. Admin hanya berkongsi pendapat peribadi berdasarkan pengalaman dan bacaan. 

Sekian penulisan dalam bentuk perkongsian untuk semua. Feel free to share idea or tips kamu sebagai pembeli CARA UNTUK BERBELANJA SAMBIL BERJIMAT.

Rasa ingin mencari barang bayi yang mantap teramat di kawasan Kota Kinabalu feel free to check it out di Mylittleboss.my