​​​​​​​Business Hours: Open Everyday 10AM - 5PM | FYI, We are adding more products from time to time. If you are looking for products that are not on the list from our website, do let us know!
Free delivery (within Kota Kinabalu area only) for orders over RM180.00
SPECIAL DEALS ON SELECTED PRODUCTS!
Tips Persiapan Para Ibubapa Menjelang Ramadan

Tidak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadan.

Insya Allah tahun ini Ramadan kita akan bertambah meriah dibandingkan 2 tahun yang lalu disebabkan kawalan pergerakan yang dikenakan oleh pihak kementerian. Sudah pasti Ramadan pada tahun ini akan menjadi lebih istimewa kepada mereka yang bergelar ibubapa, penyediaan sahur dan sungkai selain itu berkongsi cerita tentang kewajiban untuk kita berpuasa. 

Berikut adalah sedikit perkongsian untuk persediaan anak menjelang Ramadan:

  1. Jelaskan makna bulan Ramadan serta amalan-amalan yang digalakkan untuk dilakukan padan bulan tersebut. Penjelasan hendaklah mudah difahami dan boleh diterima dengan mudah berdasarkan umur si anak yang mendengar. 
  2. Untuk si ibu yang menyediakan sahur, digalakkan untuk menyediakan kelengkapan anak pada malam hari seperti baju sekolah dan kelengkapan lain untuk pergi kesekolah. Menyediakan  makanan sahur pada malam hari juga salah satu benda yang boleh dilakukan untuk mengelakkan si ibu jadi superwoman di dalam dapur pada awal pagi. 
  3. Memastikan anak tidur awal agar dapat bangun bersama ketika sahur dan akan memberi pendekatan awal tentang puasa kepada anak kita. 
  4. Menyediakan menu kegemaran si anak untuk bersahur dan berbuka puasa. Dengan menyediakan makanan kegemaran kepada anak pada waktu sahur dan berbuka sedikit sebanyak ia akan menjadi pembakar semangat untuk si anak menempuh hari mereka untuk menikmati hidangan yang tersedia pada waktu berbuka puasa. 
  5. Melibatkan anak dalam amalan-amalan yang dilakukan sepanjang bulan Ramadan.

Berikut merupakan beberapa perkongsian tips dari admin kepada semua yang sedang membaca penulisan tentang tips persiapan ibubapa menjelang Ramadan. 

Mungkin anda juga ada tips atau amalan yang special untuk dikongsikan bersama sebagai rujukan kepada mereka yang bergelar ibubapa. Sila comment di ruangan yang tersedia.

Sekian dari Mylittleboss.my